• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID Tak Bertentangan Dengan Islam

oleh
17/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Dewan Ulama PAS menasihati umat Islam agar menerima vaksin COVID-19 yang bakal diagih kepada rakyat bermula akhir bulan ini tanpa rasa ragu berikutan jaminan telah diberikan bahan itu tidak mempunyai unsur bercanggah dengan Islam.

Ketuanya Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata keperluan bagi umat Islam menerima vaksin tersebut juga berdasarkan beberapa prinsip asas ajaran Islam iaitu menjaga keharmonian Islam, kesihatan, harta benda, nyawa dan sektor ekonomi.

“Ia (ancaman COVID-19) menghalang umat Islam  daripada menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan memutuskan  silaturahim apabila tidak boleh berhubung dan menziarahi sanak saudara serta sahabat handai yang mengalami musibah.

“Wabak yang sedang mengancam negara sekarang boleh meruntuhkan prinsip-prinsip  asas berkenaan sekiranya tidak dibendung dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Info On Wheels Kempen Pematuhan SOP  COVID-19, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Kelantan, Azahar Ismail berkata pihaknya akan menaikkan kira-kira 400 kain rentang mengenai proklamasi darurat di tepi-tepi jalan dan di tempat awam di seluruh negeri dalam masa terdekat.

Darurat yang dilaksanakan ini adalah demi keselamatan rakyat yang terjejas oleh ancaman COVID-19, katanya. – BERNAMA

Tags: dewan ulama Pasislamvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd