• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Covid-19 Fasa 1 Tiba 26 Februari

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Vaksin Covid-19 fasa pertama daripada syarikat farmaseutikal Pfizer dijangka tiba di negara ini pada 26 Februari ini akan diagihkan ke negeri-negeri secara berperingkat sebelum ia disuntik kepada penerima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan agihan vaksin itu akan selesai dalam tempoh dua minggu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima lebih 3,000 permohonan untuk menjadi sukarelawan dalam Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19.

“Permohonan yang menggalakkan itu menyebabkan kita terpaksa membuat pemilihan dan tapisan berdasarkan kelayakan tertentu.

“Kita mahu 3,000 sukarelawan, tetapi yang mohon ramai, jadi kita akan pilih dan setakat ini, lebih 1,000 sukarelawan sudah disuntik dalam kajian klinikal ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Malaysia pada 24 November tahun lalu mengumumkan negara akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM masih menggunakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang ketika ini masih dalam proses untuk pindaan.

“Akta 324 ini masih digunakan, tetapi kita guna Ordinan Darurat untuk membantu pelaksanaan Akta 342. 

“Sebagai contoh, daripada segi sijil amalan yang mana kita khususkan doktor atau jururawat di sesuatu tempat dan ketika ini, kita gunakan Ordinan Darurat yang membenarkan jururawat dan doktor berkhidmat di tempat-tempat lain sama ada awam atau swasta bergantung kepada keperluan,” katanya.

Terdahulu, KKM menyerahkan draf pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kepada Peguam Negara bagi mengkaji semula kadar kompaun ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19. 

Pindaan Akta 342 diperlukan berikutan jumlah kompaun maksimum yang diperuntukkan adalah RM1,000 dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan perlu dinaikkan susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini. – myMetro Online

Tags: KKMPfizerSukarelawanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd