• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sugarbook.com Perlu Disekat – MOSTI

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman web dan aplikasi, Sugarbook.com perlu disekat kerana dipercayai menjalankan aktiviti persundalan secara dalam talian, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Susulan itu, Ahmad Amzad menggesa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 211, Akta Komunikasi Multimedia 1998 iaitu larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan akta membabitkan kesalahan seksual mengikut Seksyen 372, 372A, 372B Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu terus memantau dan menyekat sebarang domain Sugarbook.com yang bakal digunakan untuk membolosi sekatan di semua laluan pintu masuk internet Malaysia.

“Disebabkan pihak kerajaan di bawah SKMM menjalankan langkah proaktif selama ini untuk menyekat laman pornografi, diharap tindakan sama dapat diambil dengan segera iaitu menyekat domain Sugarbook.com.

“Namun pihak Sugarbook.com mungkin akan mendaftar atas nama domain lain untuk terus dapat dicapai oleh pengguna Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Amzad berkata, berdasarkan rujukan artikel, pengasas Sugarbook.com adalah Darren Chan yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan secara dalam talian yang menjadi platform untuk pelacuran.

“Perniagaan secara dalam talian ini mendapat pelaburan daripada pelabur Hong Kong, seperti disebut dalam artikel temuramah pengasas Sugarbook itu.

“Aplikasi ini digunakan pengguna dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan negara lain, namun berdasarkan berita, Malaysia menjadi ‘sarang’ kepada 42,500 ‘sugar daddy’ iaitu ketiga paling tinggi di Asia,” katanya.

Beliau berkata, server aplikasi ini difahamkan dihoskan atas nama domain Sugarbook.com yang berdaftar di Amerika Syarikat (AS) iaitu di bawah pendaftar domain GoDaddy.com.

“Ia dihoskan di Cloudflare.com di bawah dua alamat protokol internet (IP) iaity 104.21.71.211 (AS) dan 172.67.171.188 (Jepun),” katanya. – BH Online

Tags: persundalanseksualsugarbook.com
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Jangkitan Covid-19 Terus Menurun – Dr Noor Hisham

Next Post

Gambar ‘Photoshoot’ Rina Harun Jadi Perhatian

Related Posts

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

16/06/2024
1

BATU PAHAT : Wanita warga Vietnam didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan...

Pengasas Aplikasi Sugarbook Dikenakan Waran Tangkap

26/03/2021
0

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook kerana gagal menghadirkan diri untuk sebutan...

Next Post

Gambar 'Photoshoot' Rina Harun Jadi Perhatian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd