• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Murtad Wanita Islam

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek sedang bersembunyi, berada di luar negeri ini atau sudah pun melarikan diri.

“Kita masih cuba mengesan suspek dan semasa membuat pemeriksaan di rumahnya di Perjiranan Dato Onn di sini pada 9.50 malam Jumaat, hanya bapa dan kakak suspek berada di rumah. Bapa dan kakak suspek maklumkan lelaki itu sudah lama tidak berada di rumah.

“Kita juga sudah mengambil keterangan bapa dan kakak suspek. Serahkan perkara ini kepada polis, kita akan jalankan siasatan secara adil dan saksama, tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan 34 Buah Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) Kontinjen Johor di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Ketika ini tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat dalam Youtube memaparkan seorang lelaki bukan Islam mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam di negeri ini sebelum mengahwininya.

Menurut lelaki itu, cara untuk lelaki bukan Islam mengahwini wanita Islam adalah dengan menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India terlebih dahulu.

Berikutan itu, seorang wanita yang mengaku warga Indonesia dan meninggalkan agama Islam untuk berkahwin dengan lelaki itu tampil dalam satu klip video berdurasi 3 minit 30 saat.

Wanita terbabit mendakwa dia dimurtadkan atau keluar daripada Islam di negara asalnya iaitu Indonesia dan memohon supaya dilepaskan suaminya kerana mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Ayob Khan berkata, pihak polis dapat menenteramkan keadaan semasa rumah suspek diserbu beberapa orang awam yang merupakan jiran suspek sebelum meminta mereka bersurai.

Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Polis juga menasihatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi. Ini bukan isu melibatkan agama Islam dan sebagainya, jangan memanaskan keadaan dan jangan timbulkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia.

“Kita akan ambil tindakan tegas, tak kiralah siapa pun, jika buat perkara yang tidak betul, tindakan akan diambil,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Murtadpoliswanita islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis

2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis

31/10/2025
0

Serdang: Dua bekas teman lelaki dan abang angkat kepada wanita yang ditemui mati di Seri Kembangan, kelmarin, ditahan polis, semalam,...

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

30/10/2025
0

SERDANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd