• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan 1MDB Ditangguhkan, Saksi Tak Sihat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kerana saksi ke-10 pihak pendakwaan, dilaporkan tidak sihat.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan sidang pagi itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam.

“Saksi, bekas Ketua pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, iaitu Mohd Hazem Abd Rahman demam dan cuti sakit. Beliau tidak dapat memberi keterangan hari ini,” kata Mohamad Mustafa.

Hakim kemudian mengarahkan saksi untuk menjalani ujian swab dan menangguhkan perbicaraan pada 1 tengah hari.

Mohamad Mustafa kemudian memberitahu mahkamah bahawa saksi seterusnya yang akan memberi keterangan ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. – BERNAMA

Tags: 1MDBMahkamah Tinggiperbicaraansaksi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd