• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Masih Terbuka

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peluang untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 masih terbuka.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan antara syarat yang diletakkan adalah pemohon perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat.

Mereka yang berminat dan mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi antara sembilan hospital yang menjadi tapak kajian tersebut menerusi aplikasi WhatsApp iaitu Hospital Ampang, Selangor (016-7286617 dan Telegram); Hospital Umum Sarawak, Sarawak (012-3108108); Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang (014-9453599) dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-9065518).

Selain itu, boleh juga menghubungi Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (019-5544976); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak (011-63311654); Hospital Taiping, Perak (019-5544976); Hospital Sungai Buloh, Selangor (011-10045343) dan Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah (017-7931938, 017-7931987, 011-57669114).

Borang perlu diisi secara dalam talian ataupun secara terus menerusi WhatsApp dengan memberi pautan untuk maklumat lanjut.

Bagaimanapun, setakat ini tapak kajian di Hospital Ampang sudah mempunyai sukarelawan yang mencukupi, namun pihak terbabit memberi pautan untuk mengisi borang secara dalam talian bagi membolehkan mereka yang berminat dalam percubaan vaksin pada masa hadapan.

Pada 27 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan berkata kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 dimulakan pada hari berkenaan di sembilan hospital membabitkan 3,000 sukarelawan.

Beliau berkata, kajian klinikal itu ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan Covid-19.

Sembilan hospital yang terbabit dalam percubaan klinikal itu adalah di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR). – BERNAMA

Tags: KKMSukarelawanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDN Saman 2 Lagi Sekutu Jho Low

Next Post

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd