• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Hubungan KL-Jakarta Komprehensif, Strategik

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu hubungan kerjasama Kuala Lumpur-Jakarta dipertingkatkan lagi ke peringkat yang strategik dan komprehensif.

Beliau yakin peningkatan hubungan dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara mengoptimumkan kerjasama yang sudah terjalin terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

“Hasil daripada perbincangan kami pada hari ini, saya berpendapat sudah sampai masanya bagi hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia dipertingkatkan lagi ke peringkat yang strategik dan komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata di Istana Merdeka di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini berkata pengukuhan kerjasama tersebut mencerminkan tekad kedua-dua pemimpin serumpun itu untuk berganding bahu demi menjaga kemakmuran bersama.

“Sehubungan ini, kami telah memberi mandat kepada kedua-dua Menteri Luar untuk mengenal pasti bidang-bidang strategik yang boleh diberi keutamaan,” kata perdana menteri.

Beliau berpuas hati terhadap hubungan dua hala yang bertambah kukuh di setiap peringkat.

Usaha juga akan dipergiatkan untuk merangsang semula perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara dalam tempoh pandemik COVID-19, katanya.

Perbincangan awal telah pun dimulakan di peringkat kerja. Saya berharap kedua-dua pihak akan dapat menggiatkan lagi rundingan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tersebut. – BERNAMA

Tags: IndonesiaJakartakuala lumpurMalaysiaMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd