• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Dikuarantin 3 Hari Tertakluk Kepada Pengawasan

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara bukan sahaja menjalani kuarantin selama tiga hari tetapi mereka juga tertakluk kepada pengawasan sebelum boleh dilepaskan supaya tidak membahayakan orang ramai.

Peguam, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, berkata tempoh kuarantin terhadap menteri berkenaan juga bukan hanya diwajibkan selama tiga hari, sebaliknya tempoh berkenaan bergantung kepada keadaan individu tersebut sebaik pulang dari luar negara.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat perlu sedar dan faham bahawa tidak timbul isu menteri hanya dikuarantin selama tiga hari kerana Warta Kerajaan Persekutuan baharu mengikut Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan laman web Jabatan Peguam Negara Isnin lalu, menyatakan bahawa jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

“Rakyat harus faham sistem pengecualian hanya boleh diberi kepada mana-mana menteri yang pulang dari luar negara bagi tujuan lawatan rasmi. Lawatan rasmi ini perlu kerana kerajaan yang dibentuk harus mengadakan lawatan seumpama ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada di samping memperluaskan ekonomi dan mendapat pelaburan dari negara terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Haaziq menjelaskan, menteri yang melakukan lawatan rasmi ke luar negara semestinya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh negara yang dilawati.

“Terdapat perbezaan antara rakyat biasa dengan menteri yang membuat lawatan rasmi. Bagi rakyat biasa, kita mungkin tidak tahu ke mana dan siapa yang mereka berjumpa, tetapi, lawatan rasmi oleh mana-mana jemaah menteri, mereka perlu mengikut protokol yang ditentukan oleh kerajaan negara yang dilawati. Saya yakin antara protokol yang disyaratkan oleh negara yang dilawati semestinya ketat,” katanya.

Sementara itu, peguam, Datuk Adnan Seman@Abdullah, berkata berdasarkan Seksyen 29 (1) Akta (342) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan akta tersebut atau mana-mana peraturan di bawah akta berkenaan.

“Seksyen 29 (2) akta sama pula memberikan kuasa kepada menteri untuk membuat perintah mengikut subseksyen 1 mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut.

“Berdasarkan kuasa menteri mengikut Seksyen 29 inilah, menteri yang kembali daripada lawatan rasmi di luar negara diberi pengecualian dengan hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai berbanding tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan sebelum ini bagi mereka yang masuk dari luar negara,” katanya.

Peguam itu berkata, walaupun tempoh kuarantin tiga hari diberikan kepada anggota jemaah menteri selepas pulang dari luar negara atas urusan rasmi, namun mereka melalui SOP kesihatan dan pergerakan yang ketat sebelum mengunjungi negara lain.

Adnan berkata, tiga hari sebelum anggota jemaah menteri berlepas ke luar negara, mereka akan menjalani ujian swab COVID-19 serta melalui SOP kesihatan dan pergerakan yang ketat kerana akan bertemu rakan sejawatan negara yang dikunjungi.

Bagaimanapun, peguam itu berkata, tempoh yang lebih panjang boleh dikaji semula bagi mengelakkan ianya dipolemikkan di samping mempunyai satu standard tempoh kuarantin untuk semua yang pulang ke Malaysia dari negara luar.

Selain itu, Adnan berkata, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia baru-baru ini, pihak Indonesia telah memberikan lampu hijau berkaitan ‘Reciprocal Green Lane/Travel Corridor Arrangement (RGL/TCA)’ atau lebih dikenali sebagai ‘gelembung perjalanan’. 

“Maka pengecualian mengikut Seksyen 29 wajar diberikan bagi membolehkan gelembung perjalanan ini diperluaskan kepada negara-negara selain Indonesia terutamanya negara-negara jiran dan Asia Pasifik dan diperluaskan kepada pelbagai sektor terutamanya pelaburan dan perniagaan antarabangsa dengan penetapan SOP yang ketat.

“Sudah tiba masanya gelembung perjalanan ini diperluaskan kerana pandemik COVID-19 dijangka akan berlanjutan lebih lama lagi malah ada yang menjangkakan ia hanya akan benar-benar dapat diatasi beberapa tahun lagi. Kita perlu belajar hidup dalam suasana pandemik dan mematuhi semua SOP dan panduan yang ditetapkan. Hidup mesti diteruskan,” katanya.

Peguam itu menegaskan bahawa ekonomi negara dan kehidupan rakyat perlu segera dipulihkan dan diberi perhatian penuh kerana kadar pengangguran akan terus meningkat. – BERNAMA

Tags: Covid-19kuarantinMenteriPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, UAE Setuju Tingkat Kerjasama, Lonjak Peluang Ekonomi

Next Post

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd