• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, UAE Setuju Tingkat Kerjasama, Lonjak Peluang Ekonomi

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju meningkatkan kerjasama, khususnya dalam merangsang peluang ekonomi memandangkan kedua-dua negara menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed mengadakan pertemuan yang konstruktif dan produktif, dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan kedudukan hubungan dua hala semasa di antara kedua-dua negara.

“Dalam konteks ini, kedua-dua menteri berbincang mengenai inisiatif penting di bawah empat bidang utama kerjasama dalam era selepas pandemik, iaitu perdagangan dan pelaburan; pertanian dan keselamatan makanan; kesihatan; dan pertukaran diplomatik,” katanya semalam.

Kementerian itu juga berkata, lawatan kerja berkenaan menyediakan dorongan baharu ke arah hubungan yang lebih kukuh dan mesra di antara Malaysia dan UAE, di samping menjadi antara rakan dagangan utama Malaysia dengan nilai keseluruhan perdagangan di antara kedua-dua negara berjumlah US$6.43 bilion (RM 26.04 bilion) pada 2019.

UAE juga adalah destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import kedua terbesar di wilayah Asia Barat, kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, berikutan kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara, Malaysia komited menjadi pintu gerbang kepada UAE memasuki pasaran Asia Tenggara yang mempunyai populasi sekitar 650 juta orang.

Hishammuddin kembali ke tanah air semalam dan akan menjalani kuarantin wajib sebagai mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata kementerian itu. – BERNAMA

Tags: Ekonomipandemik COVID-19UAE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd