• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keberanian Luar Biasa’ PM Dahului Penerima Vaksin COVID-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi rakyat Malaysia pertama menerima vaksin COVID-19 esok, disifatkan sebagai ‘keberanian luar biasa’ dalam usaha memulihkan kesejahteraan kesihatan awam, kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris, berkata misi vaksinasi terbesar dalam sejarah negara itu bakal memastikan negara Malaysia kekal selamat, terjamin, sejahtera dan stabil.

Sehubungan itu, beliau berharap jaminan keselamatan kesihatan rakyat yang bakal menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang membabitkan kos hampir RM800 juta, tidak diabaikan, sejajar komitmen Muhyiddin serta anggota Kabinet dan kementerian bertanggungjawab dalam usaha berkenaan.

“Rakyat perlu terus diberikan maklumat benar, tepat dan pantas dalam soal pemberian dos vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBio dan Sputnik V.

“Pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hendaklah berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk memastikan impak maklumat separa benar dan palsu, ditangkis serta dihindari seminimum boleh ketika negara masih berperang dengan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razali berkata, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berpandangan, program imunisasi COVID-19 itu perlu mempunyai kaedah pemudah cara yang cekap dan berkesan demi kesejaheraan rakyat secara keseluruhannya.

Untuk jangka panjang, katanya, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mengesyorkan kerajaan mewujudkan Peta Pembangunan Vaksin Negara.

“Peta itu bagi menghasilkan vaksin buatan tempatan yang mematuhi panduan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), International Council For Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH), selain garis panduan kesihatan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Majlis Sains Negara,” katanya. – BH Online

Tags: Muhyiddin YassinPerdana Menterivaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd