• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jais Buru Nur Sajat

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang mengesan usahawan kosmetik, Nur Sajat, bagi melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selasa lalu.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya.

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima waran tangkap terbabit daripada mahkamah, semalam.

“Mahkamah mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap usahawan kosmetik itu.

“Jadi, saya sudah arahkan anggota penguat kuasa Jais mencari dan menahannya untuk dibawa ke mahkamah,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, setakat ini Sajat masih belum ditahan dan pihaknya sedang berusaha mengesannya.

Katanya, Jais menasihati Sajat supaya memberi kerjasama dan menyerah diri.

Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – myMetro Online

Tags: JAISMuhammad SajjadNur Sajatusahawan kosmetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerima Vaksin Covid-19 Tak Alami Kesan Sampingan, Alahan

Next Post

Pinda Tarikh Suntikan Vaksin COVID-19 Akan Dibincang

Related Posts

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

21/12/2024
0

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan...

Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Selangor Punca Kuliah Maghrib Dibatalkan – JAIS

Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Selangor Punca Kuliah Maghrib Dibatalkan – JAIS

24/02/2023
0

SHAH ALAM : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk mengajar...

Next Post

Pinda Tarikh Suntikan Vaksin COVID-19 Akan Dibincang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd