• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Kena Penjara 6 Tahun, Denda RM15.45 Juta

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi Mohd Isa, 72, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara masing-masing dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Isa Samad melalui imej pautan video dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri di kandang tertuduh sebaik mahkamah membacakan keputusannya.

Hanya isteri dan anak lelaki beliau dibenarkan memasuki kamar mahkamah dan mengikuti prosiding itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hakim Mohd Nazlan ketika membuat keputusan itu berkata hukuman dijatuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pesalah melakukan pemulihan dan juga pengajaran untuk tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa.

“Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh dan rekod pentadbiran serta penglibatannya dalam politik negara di mana tertuduh telah berkhidmat sebagai Menteri Besar selama dua dekad dan juga sebagai Menteri Kabinet.

“Kesalahan berkaitan rasuah adalah serius yang mengugat ekonomi negara dan merupakan barah yang menjejaskan sistem demokrasi negara.

“Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.

“Mahkamah juga mengenakan denda lima kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah RM15.45 juta dan sekiranya gagal membayar denda dikenakan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan,” kata hakim itu. – BH Online

Tags: FeldaIsa SamadPenjararasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

Pegawai Bank Didakwa Lagi Atas 104 Pertuduhan Rasuah

Pegawai Bank Didakwa Lagi Atas 104 Pertuduhan Rasuah

23/10/2025
0

Shah Alam: Seorang pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 104 pertuduhan rasuah berjumlah keseluruhan RM398,100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd