• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Kreatif Dibenar Operasi, Latihan Berpusat MFL, MHL, STL Isnin

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif beroperasi bermula esok manakala Program Latihan Berpusat bagi pasukan dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil maklum rayuan semua pihak bagi membenarkan semula operasi beberapa industri. 

“Bagi sektor industri kreatif, selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju membenarkan industri ini beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Senarai sektor ini adalah produksi animasi atau muzik, pasca produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio.

“Selain itu, pra-produksi penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton dan kebenaran ini berkuat kuasa esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan mendengar pembentangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan permohonan kebenaran menjalankan Program Latihan Berpusat bagi pasukan dalam MFL, MHL dan STL.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju membenarkan Program Latihan Berpusat bagi pasukan terbabit bermula Isnin ini.

“Tempat latihan dan pergerakan atlet atau pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan (sports bubble). “Penginapan atlet atau pemain perlu mengikut SOP “Camp-Quarantine” dan “Home-Quarantine” yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, KBS membentangkan cadangan pembukaan beberapa aktiviti sukan khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan fizikal dan meningkatkan taraf kesihatan diri. 

Menurutnya, penelitian akhir sedang dibuat dan akan diumumkan dalam masa terdekat. – myMetro Online

Tags: industri kreatifmflMHLperintah kawalan pergerakanSTL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd