• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Mangsa Kes Bunuh Dikenal Pasti

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mangsa kes pembunuhan kejam yang ditemukan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, di sini malam tadi, dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @ Chua Leok Eng, 73.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dilaporkan menetap di Jalan Simpang Empat, di sini.

Menurutnya, suspek berusia 30-an pula tinggal di kawasan perumahan awam Mergong.

“Siasatan mengenai motif kejadian sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penemuan mayat warga emas yang dipercayai dicampak atau ditinggalkan di hadapan sekolah berkenaan dipercayai selepas dibunuh di lokasi lain.

Pihak berkuasa percaya mangsa terbabit dalam kes pergaduhan yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini.

Suspek ditahan orang awam selepas kereta dipandunya melanggar penunggang motosikal di Taman Wira Mergong ketika melarikan diri selepas meninggalkan mayat mangsa di hadapan sekolah berkenaan.

Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan berada dalam keadaan khayal ketika ditahan. – myMetro Online

Tags: Kedahkes pembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd