• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SPM Tak Sempat Tatap Arwah Bapa Sejak Minggu Lalu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – “Sebelum dimasukkan ke wad minggu lalu, bapa sempat berpesan supaya saya jaga dan tengok-tengokkan emak dan adik.

“Bermakna sejak seminggu lalu jugalah saya tidak berpeluang bertemu, menatap, apatah lagi bercakap dengan bapa,” kata Muhammad Haikal Iskandar Zamri.

Semalam, tular video merakamkan detik sedih Muhammad Haikal, 18, diberi kesempatan menatap wajah jenazah bapanya buat kali terakhir apabila van jenazah yang membawa jasad bapa kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu memasuki pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini.

Muhammad Haikal berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah bapanya, Zamri Abdul Hamid, 42, pada pagi Khamis lalu dan mereka sempat berbual, sebelum dia mengikuti kelas tambahan.

Beliau berkata, arwah bapanya sudah lama menghidap penyakit buah pinggang, namun baru-baru ini penyakit itu menjadi semakin teruk hingga mengakibatkan kerosakan hati, selain jangkitan kuman dalam darah yang menjadi penyebab kematian bapanya.

“Sewaktu pulang dari kelas tambahan, saya diberitahu bapa dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar, sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping kerana koma pada Jumaat lalu.

“Sepanjang tempoh hampir seminggu bapa di hospital, saya termasuk yang lain tidak dibenarkan melawat kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak COVID-19.

“Sehinggalah pada kelmarin kami dimaklumkan bapa sudah tiada,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, pada mulanya pesanan supaya menjaga ibu dan adiknya yang dititipkan oleh arwah bapanya sebelum dimasukkan ke wad dianggap sekadar pesanan biasa.

“Saya tidak sangka itu adalah antara pesanan terakhirnya sebelum pergi.

“Fikiran sedikit terganggu ketika menjawab peperiksaan kertas Sejarah semalam, iaitu sewaktu van jenazah yang membawa jasad bapa ke pekarangan sekolah bagi memberi peluang saya menatap wajahnya.

“Saya juga masuk lewat 20 minit ke dewan peperiksaan dan ketika berada di dalam (dewan), ada masanya teringatkan arwah, namun saya cuba lupakan sekejap untuk memberi fokus kepada peperiksaan,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada guru yang cuba menenangkan, sebelum mengizinkan dan mengiringinya ketika menatap wajah bapanya buat kali terakhir.

“Arwah bapa ada menunjukkan sedikit perbezaan kelakuannya sebelum dimasukkan ke hospital apabila makan masakan kampung dengan terlalu berselera, berbanding kebiasaannya,” katanya.

Muhammad Haikal berkata, kematian arwah bapanya yang juga satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga menyebabkan mereka empat beranak kini tinggal dengan sokongan keluarga di sebelah ibu.

“Kami bukanlah orang senang memandangkan arwah sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM1,100 sebulan, manakala ibu pula suri rumah. 

“Walau apapun, saya akan lakukan yang terbaik dalam SPM 2020 kali ini bagi menuruti pesanan ayah supaya ‘menggantikannya’ untuk menjaga keluarga selepas ini,” katanya. – BH Online

Tags: arwah bapacalon SPMmeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd