• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

73,000 Pekerjaan Diwujudkan Pada 2020

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pekerjaan yang diwujudkan pada 2020 merosot sebanyak 31,000 pekerjaan kepada 73,000 daripada 104,000 pekerjaan diwujudkan pada 2019, mencerminkan permintaan buruh yang rendah daripada perniagaan dalam sektor swasta, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata angka awalan berdasarkan purata suku tahunan statistik tenaga buruh menunjukkan bilangan penduduk bekerja merekodkan peningkatan kecil kepada 15.10 juta orang manakala bilangan penganggur naik kepada 711,000 orang.

“Justeru, kadar pengangguran naik kepada 4.5 peratus berbanding kadar purata 3.0 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan nilai tambah bagi tahun 2020 susut 5.6 peratus, produktiviti buruh per pekerja jatuh 5.4 peratus kepada RM88,899 per pekerja. 

Berdasarkan pengurangan operasi perniagaan, katanya jumlah jam bekerja pada 2020 mencatatkan penurunan kepada 32.0 bilion jam (2019: 35 bilion jam), menyebabkan produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.4 peratus kepada RM42 per jam.

Mohd Uzir berkata cabaran luar jangka pada 2020 telah membuka peluang kepada industri untuk menilai semula model perniagaan dan meneroka bidang baharu. 

Sebahagian perniagaan telah meningkatkan penggunaan teknologi digital manakala sebahagian lagi melaksanakan pengaturan kerja fleksibel.

“Bagaimanapun, perniagaan tertentu mungkin berdepan cabaran dalam mengadaptasi pendigitalan kerana struktur semasa operasi perniagaan dan kekurangan kompetensi teknikal, terutamanya perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PKS).

“Penggunaan teknologi melalui rakan kongsi pintar perniagaan merupakan antara mekanisme untuk PKS meningkatkan skala ekonomi.

“Oleh itu, penting untuk memastikan sokongan yang berterusan kepada PKS dalam proses adaptasi pendigitalan ke arah mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir bagi memenuhi peningkatan penawaran tenaga buruh berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata pasaran buruh Malaysia pada awal 2021 dijangka terus berada dalam kedudukan yang mencabar, justeru, kerjasama berterusan semua pihak diperlukan untuk meringankan situasi yang kurang memberangsangkan ini. – BERNAMA

Tags: BuruhpekerjaanPerniagaansektor swasta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

Buruh Tak Mengaku Amang Seksual Fizikal Anak Saudara Perempuan

Buruh Tak Mengaku Amang Seksual Fizikal Anak Saudara Perempuan

24/04/2025
1

Kuala Terengganu: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd