• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Tapak Pembinaan Tak Patuh SOP Diarah Tutup Operasi

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 15 tapak pembinaan di seluruh negara ditutup selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan sejak PKP dilaksanakan pada 13 Januari lepas, CIDB telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,022 tapak pembinaan dan 1,007 didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.

Katanya, setakat semalam, 15 tapak pembinaan diberikan notis kerana kegagalan pematuhan dari aspek penempatan pekerja, tiada penjarakan fizikal dan pekerja tidak memakai pelitup muka.

“Kebanyakan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan.

“Antara punca yang dikenal pasti adalah penempatan pekerja yang sesak, kotor dan tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta pekerja berpindah dari satu tapak projek ke tapak projek yang lain yang berkemungkinan membentuk kluster pembinaan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kontraktor yang mendapat kebenaran beroperasi ketika PKP agar mematuhi SOP di tapak pembinaan dan penempatan pekerja bagi mengelak berlaku jangkitan serta pandemik COVID-19.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi arahan ditetapkan selain tindakan tatatertib yang boleh mengakibatkan pendaftaran mereka dibatal atau digantung,” katanya.

Menurut beliau, SOP terkini boleh dirujuk di laman sesawang CIDB www.cidb.gov.my/ms/pkpkebenaran-beroperasi manakala Garis Panduan Industri Pembinaan boleh didapati di Telegram rasmi CIDB https://t.me/cidbmy atau hubungi Hotline CIDB 03-5567 3300 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk rekod, sejak 20 September 2020 hingga 12 Februari lepas, 527 kluster dikenal pasti melibatkan tempat kerja daripada keseluruhan 852 kluster dilaporkan dalam gelombang ketiga pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: CIDBCovid-19klusterSOPTapak Pembinaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd