• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Tolak Kerjasama UMNO-BERSATU Dibawa Ke PAU

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul penolakan kerjasama politik antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata parti itu akan turut membincangkan usul menolak kerjasama UMNO dengan PKR dan DAP.

“UMNO mempunyai perlembagaan dan peraturan jelas dan sewaktu mesyuarat perwakilan bahagian, ahli bebas dan berhak suarakan pandangan mengenai parti. 

“Ada juga usul tolak kerjasama DAP dan PKR, ‘No DAP No Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)’. Begitu juga memperkukuhkan kerjasama dengan PAS.

“Banyak bahagian juga kemuka usul memperkukuh Muafakat Nasional,” katanya pada sidang media Op Murni di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan UMNO akan mengadakan pertemuan khas bersama ketua bahagian parti itu, hari ini bagi membincangkan usul menolak kerjasama dengan BERSATU.

UMNO mengadakan mesyuarat bahagian yang berlangsung serentak di seluruh negara pada Jumaat hingga Ahad lalu, dengan sebahagian besar bahagian termasuk sayap parti itu mengusulkan supaya UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, parti turut menerima usul memperkukuh kerjasama dengan PAS selain memperkasakan peranan orang Melayu.

“Banyak usul bukan hanya satu. Usul di bahagian akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

“Majlis Tertinggi akan serahkan usul kepada pengerusi jawatankuasa usul yang akan melihat usul itu untuk dibincang dan diserah kepada jawatankuasa. Saya percaya akan dibentangkan dalam PAU nanti,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setiap usul yang diluluskan dalam PAU akan menjadi dasar parti.

“Apabila menjadi dasar, ahli parti perlu patuh. Ini prosedur UMNO dan setiap tahun ini yang kita buat. Apa (usul) yang diputuskan menjadi dasar tidak boleh diubah kecuali (diadakan) mesyuarat agung luar biasa.

“Esok Majlis Tertinggi akan bermesyuarat dan hujung Januari ini diadakan PAU. UMNO mendukung demokrasi dan ahli berhak beri pandangan waktu mesyuarat bahagian,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUPerhimpunan Agung UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini

Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini

08/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipanggil menghadap Lembaga Disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd