• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Budak Didakwa 8 Lagi Pertuduhan Kelucahan

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengurus madrasah dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak lelaki pada November 2017 hingga Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Sharudddin Mohamed.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa berkenaan.

Kejadian itu berlaku di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Paloh Rawa, Machang pada 11 malam sekitar November 2017 hingga September 2018.

Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun 11 bulan hingga 16 tahun sembilan bulan.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun sembilan bulan yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa berkenaan.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2020 jam 11 malam di sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Paloh Rawa, Machang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Terdahulu, Sharudddin memohon ditawarkan jaminan memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik serta ibu yang orang kurang upaya (OKU). 

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM40,000 dengan tiga penjamin dan perlu melapor diri di balai polis setiap 1 hari bulan dan menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes. – BH Online

Tags: kelucahan melampauustaz budak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PU Azman Dipenjara 14 Bulan, Mengaku Salah Lakukan Kelucahan Melampau

PU Azman Dipenjara 14 Bulan, Mengaku Salah Lakukan Kelucahan Melampau

06/12/2024
0

KLANG: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan...

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

16/02/2024
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan yang sedang menjalani hukuman penjara 13 bulan atas kesalahan melakukan kelucahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd