Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakun Dalam Video Lucah,...

SEBUAH zoo di Moscow telah menyaman syarikat pengiklanan selepas salah seekor rakun miliknya...

‘Tiga Kali Dia Berak...

SEREMBAN - Tindakan seorang remaja perempuan yang dirakam selamba buang air besar di...

AKSEM Kedah Rampas Mercun...

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas pelbagai jenis mercun...

Polis Sahkan Tulang Manusia...

KAMPAR - Polis mengesahkan beberapa serpihan tulang yang ditemui di sekitar Gua Kandu...

PU Azman Dipenjara 14 Bulan, Mengaku Salah Lakukan Kelucahan Melampau

KLANG: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh yang juga dikenali sebagai PU Azman, 43, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.

Representasi berkenaan dikemukakan Azman Syah pada Oktober lalu dan diterima Jabatan Peguam Negara pada awal November.

Azman Syah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada jam 9.15 malam, 10 Jun 2022.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan Nadia Syuhada Rosli manakala Azman Syah diwakili peguam Fahmi Adilah.

Fahmi dalam rayuannya memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya selain memaklumkan pengakuan bersalah itu didorong faktor keinsafan dan menyesal atas perbuatan berkenaan.


Katanya, tertuduh juga berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

“Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara),” katanya.

Rasyidah sebaliknya menegaskan, sebagai pendakwah selebriti, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu yang ketika itu masih berusia 18 tahun.

Selain itu, tegasnya, pengakuan bersalah bukan faktor yang patut diambil kira oleh mahkamah untuk memberikan ‘diskaun’ terhadap hukuman.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara amnya,” katanya.

Sebelum ini, Azman Syah diperintah menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori