• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Kekal Pendirian Beri Laluan Muhyiddin

oleh
04/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – UMNO Johor kekal dengan pendirian mahu memberi laluan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun tidak dipersetujui UMNO Bahagian Pagoh.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya akan berbincang dengan kepimpinan UMNO Bahagian Pagoh dalam masa terdekat kerana tidak mahu membelakangkan usul yang dibuat bahagian itu pada Sabtu.

“Keputusan perbincangan antara Badan Perhubungan UMNO Johor dengan UMNO Bahagian Pagoh akan dibawa ke Majlis Tertinggi parti.

“Selain menuntut kerusi untuk dipertandingkan, UMNO Johor juga mempunyai pandangan bahawa Badan Perhubungan UMNO sewajarnya diberikan mandat untuk menentukan calon yang akan bertanding pada PRU15,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Pada Sabtu, UMNO Pagoh membantah keputusan pucuk pimpinan negeri memberi laluan kepada Muhyiddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada PRU15.

Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan usul dalam mesyuarat bahagian membantah keputusan pucuk pimpinan UMNO Johor tersebut.

Muhyiddin memenangi kerusi Parlimen Pagoh sejak tahun 1978 ketika beliau bersama UMNO. Beliau merupakan pengasas Bersatu selepas disingkirkan daripada UMNO pada tahun 2016.

Sementara itu, Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berharap agar UMNO Bahagian Pagoh mendukung muafakat dan mengadakan perbincangan dengan kaedah menang-menang menjadi pegangan.

Sementara itu, Hasni turut mendesak agar PRU15 diadakan segera dengan menggunakan logo Barisan Nasional (BN) iaitu dacing.

“Usul agar segera diadakan PRU15 ini turut dinyatakan oleh 14 bahagian UMNO di Johor. Ini kerana kerajaan pada hari ini mempunyai majoriti tipis.

“Bukan mudah untuk tadbir Johor memandangkan hanya mempunyai kelebihan satu kerusi. Kerajaan Johor sangat rapuh, bila-bila masa boleh berubah. Entah esok lusa akan jatuh,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Muhyiddin YassinpagohUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd