• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Bimbang Perpecahan Beri Kesan UMNO, Melayu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang terhadap perpecahan yang berlaku dalam parti itu boleh memberikan kesan terhadap UMNO dan bangsa Melayu.

Ujar beliau, perpecahan yang berlaku akan menyebabkan pihak lain mendapat keuntungan ibarat kata pepatah Melayu ‘antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang’.

“Era di mana perbezaan kita diuruskan dengan sopan, berhikmah dan melalui jalan yang disepakati.

“Seterusnya, parti diperkuatkan dengan iltizam untuk memperjuangkan kepentingan Malaysia, Melayu, Islam dan demokrasi sebagai keutamaan.

“Dan akhirnya, UMNO dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur melalui kain rentang dan sepanduk.

Mohamad Hasan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, perbuatan tersebut bertentangan dengan budaya dan nilai serta bukan adab susila parti itu sebagai orang Islam dan Melayu.

“Janganlah sesekali kita terkurang hormat kepada institusi presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tatasusila sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya demokratik, tetapi jangan sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecahbelahkan UMNO.

“Pepatah Melayu berpesan ‘menurut biar berakal, menentang biar beradab’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk kembali kepada kesatuan dalam UMNO dengan saling berdamai di antara satu sama lain.

Tambah beliau, apabila berlaku sedikit perpecahan, ia akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk memecahbelahkan UMNO.

“Jangan sesekali kita membuka ruang untuk persahabatan dan setia kawan dalam UMNO diadu domba sehingga kita menjadi seteru antara satu sama lain.

“Tiada siapa yang akan untung atas perpecahan UMNO dan tiada siapa juga yang akan menang. Sama lebur sama binasa,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Bangsa MelayuMohamad HasanUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd