• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sedang Lengkapkan Siasatan Kes Kartel Daging

oleh
08/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penyeludupan daging yang didakwa dikuasai kartel dan membabitkan pemalsuan logo di negara ini.

Pada masa ini, siasatan kes berkenaan sedang dikemaskini sebelum dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sejak menerima banyak laporan berhubung kes berkenaan proses siasatan masih diteruskan sehingga kini.

“Pada masa ini kita merekodkan pertambahan laporan polis dari semasa ke semasa termasuk laporan baharu yang diterima hampir setiap hari.

“Kita (polis) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam,” katanya selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4, 5, 6 dan 19 serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar dan Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 71 laporan polis dari seluruh negara.

“Sehingga semalam sebanyak 71 laporan polis diterima membabitkan kontinjen Johor dengan 34 laporan polis, Kuala Lumpur sebanyak 14 laporan polis dan selebihnya adalah di negeri lain.

“Siasatan sedang dijalankan untuk kita siapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara,” katanya. – BH Online

Tags: Kartel DagingPDRMseludup daging
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd