• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Tindakan Kawal Covid-19 Isnin Ini

oleh
08/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19 mencecah empat angka sejak kebelakangan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik mengawal penularan itu.

“Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Ini termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat dilaksanakan terutama membabitkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan.

“Kerajaan mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang peningkatan kes kebelakangan ini.

“Kerajaan juga sangat memahami beban tugas petugas kesihatan berikutan peningkatan kes mendadak apatah lagi beberapa negeri ketika ini sedang diuji bencana banjir,” katanya.

Katanya, walaupun SOP menghadapi bencana banjir diperketatkan tetapi sudah pasti ramai bimbang banjir akan menjadi penyebab peningkatan kes Covid-19.

Beliau berharap semua mematuhi SOP ditetapkan dan mendoakan keselamatan bersama. – myMetro Online

Tags: BanjirCovid-19Majlis Keselamatan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd