• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP: Pasangan Jarak Jauh Dibenar Rentas Negeri Mulai Esok

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai esok, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu namun pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihati mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat. – BERNAMA

Tags: perintah kawalan pergerakanrentas negeriSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd