• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Dibuka Hari Ini

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman perbadanan itu boleh mengemukakan permohonon melalui portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik  mulai 20 Januari hingga 31 Mac.

PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan antara Januari hingga Mei 2021.

Jangan Risau… Klik sini

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurut kenyataan itu.

Peminjam juga  diingatkan untuk mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada peminjam.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian mesra PTPTN melalui talian 0321933000 yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) berjumlah RM15 bilion, yang turut memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata semua pegawai di PTPTN harus memastikan proses mendapatkan penangguhan ini berjalan dengan kaedah yang paling mudah dan berkesan untuk rakyat. 

“Kita tidak mahu birokrasi yang berlebihan dalam melaksanakan program bantuan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayaran balik pinjamanPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Kongsi Kata Semangat, Gelagat Hari Pertama Persekolahan

Next Post

Pelajar Parah Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Pelajar Parah Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd