Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tujuh Pemain Bola Sepak...

KUALA TERENGGANU - Tujuh pemain kelab bola sepak amatur termasuk seorang penjawat awam...

Tiada ‘Orang’ KKM Ditahan...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa kontrak yang didakwa...

Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Dijangkiti...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah,...

Perkhidmatan Tren Intercity Laluan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Tren Intercity Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan...

Pelajar Parah Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

KUCHING – Seorang pelajar parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah menengah, di sini, pada hari pertama sesi persekolahan 2021, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika mangsa berada berhampiran kelasnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 pagi berhubung insiden itu.

Jangan Risau… Klik sini

“Mangsa adalah pelajar aliran Sains di sekolah itu dan berasal dari Kuching,” katanya yang dihubungi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS,” katanya sambil memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan. – BH Online

Kategori