• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Sarawak Kekal, Pahang Menurun

oleh
19/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat dan di Sarawak kekal dengan bilangan malam tadi manakala di Pahang pula terus menurun, pagi ini.

Di SABAH, mangsa banjir meningkat kepada 895 orang daripada 258 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 836 orang daripada 237 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah.

Daerah terbabit ialah Kota Belud dengan seramai 264 orang ditempatkan di empat PPS, Beaufort (142); Tuaran (106); Kota Kinabalu (101); Tenom (75); Penampang (69); Putatan (49); Paitan (48); dan Papar (41).

Menurut kenyataan itu, satu PPS yang dibuka di Tuaran iaitu Masjid Kampung Bunga Tenghilan ditutup petang semalam berikutan keadaan banjir di kawasan itu pulih sepenuhnya dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Secara keseluruhannya, sebanyak 230 kampung terjejas dan trend pemindahan mangsa banjir meningkat, selain hujan masih turun pagi ini termasuk di Kota Belud dan Beaufort, dengan amaran cuaca buruk dan waspada di beberapa daerah di Sabah, menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, PPS di daerah Serian, masih lagi beroperasi sehingga 8 pagi ini bagi menempatkan 325 mangsa banjir.

Mangsa banjir yang masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh itu menjadi satu-satunya pusat yang masih lagi dibuka setelah keadaan bencana di negeri itu semakin pulih.

Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak, sebelum keadaan mula reda pada Jumaat.

Di PAHANG, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan hanya tiga daerah masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa yang berada di  PPS semakin berkurangan. 

Kuantan mencatatkan bilangan mangsa paling ramai pagi ini iaitu 380 orang di dua PPS diikuti Pekan (298 orang, empat PPS) dan Maran (22 orang, dua PPS). 

Portal infobanjir.water.gov.my pula melaporkan semua paras sungai di Pahang adalah normal melainkan Sungai Jelai di Lipis melebihi paras bahaya dan Sungai Pahang di Serambi, Pekan yang berada di paras amaran. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPahangSabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd