• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Menurun, Johor Meningkat

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, semakin pulih setakat 8 pagi ini dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan menurun.

Bagaimanapun, Johor masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir  akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di 16 PPS berkurangan kepada 1,702 berbanding 2,118 petang semalam.

Berdasarkan maklumat dari aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas kekal merekodkan jumlah penduduk yang terjejas teruk dengan 1,206 mangsa masih ditempatkan di 10 PPS diikuti Kuala Krai dengan 496 mangsa membabitkan enam PPS.

Di TERENGGANU, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,956 berbanding 6,981 orang, 3 petang semalam.

“Kesemua mereka ditempatkan di 17 PPS dan terdapat 3,564 mangsa di Kemaman manakala di Dungun pula jumlah mangsa ialah 392 orang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Di PAHANG, mangsa banjir berkurangan kepada 23,944 yang ditempatkan di 242 PPS. 

Temerloh kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 11,210 mangsa diikuti Maran (3,143 orang), Pekan (2,652 orang), Lipis (2,028 orang) Bera (1,583 orang), Raub (1,466 orang) dan Jerantut (1,098 orang).

Di PERAK pula, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang menempatkan 44 mangsa banjir di daerah Hilir Perak.

Sementara itu,  di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,145 orang di lima daerah setakat 8 pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata  Kota Tinggi mencatatkan mangsa tertinggi sebanyak 1,848 orang, diikuti Johor Bahru (1,057 orang), Kulai dan Segamat masing-masing 94 orang manakala Mersing 52 orang.

“Kesemua mereka ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Dalam pada itu, lapan laluan di Kota Tinggi turut ditutup kerana dinaiki air melibatkan Jalan Felda Semenchu (Simpang Semenchu) (FT1406) yang ditutup untuk semua kenderaan sementara Jalan Kota Tinggi-Mersing (LGM) (FT003), Jalan Kota Tinggi-Kluang (Batu 25)(FT091) dan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu 4 (Taman Aman) (J175) ditutup untuk semua kenderaan ringan. 

Turut ditutup untuk semua kenderaan ringan ialah Jalan Tai Hong (Taman Scientex) (J053), Jalan Tai Hong (Orkid) (J053), Jalan Sungai Telor (J090) dan Mawai Lama (J172). – BERNAMA

Tags: Banjirmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd