• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Keluar Amaran Keras Kepada Najib

oleh
07/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi ‘serangan secara maya’ terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan “gag order” (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.

“Sehubungan itu, mahkamah ini mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini,” kata hakim.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan pada Selasa menggesa mahkamah mengenakan amaran keras terhadap Najib kerana melakukan ‘serangan’ ke atas Zeti yang merupakan seorang saksi dalam kes 1MDB, menerusi Facebook beliau.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan isu itu susulan kenyataan Najib dalam hantaran menerusi Facebooknya pada 29 Disember lepas mendakwa Zeti menerima wang daripada 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBmahkamahNajib Tun RazakZeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd