Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM1.2 Bilion Saham, Harta...

KUALA LUMPUR - Nilai keseluruhan saham dan harta yang telah dijual Lembaga Tabung...

Teruskan Momentem Kemenangan Sarawak...

SUNGAI BESAR - Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak...

Marc Anthony Kahwini Model...

PENYANYI Marc Anthony menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini seorang model kelahiran Venezuela, Shannon...

6 Disember Sebutan Kes...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Disember depan...

Kes Kematian, Jangkitan Covid-19 Meningkat Di Arab

ISTANBUL – Iraq, Palestin, Kuwait dan Qatar pada Khamis masing-masing mengumumkan peningkatan kes jangkitan dan kematian Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

Di Iraq, tujuh meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 12,922 orang manakala 770 jangkitan baharu dilaporkan dengan keseluruhan kes meningkat kepada 606,186.

Sebanyak 564,359 pemulihan direkodkan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tujuh lagi kematian dan 736 kes baharu dilaporkan.

Di wilayah Palestin dengan penduduk sekitar lima juta (Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis Timur), jumlah kes mencecah 169,388, sementara terdapat 1,821 kematian dan 153,774 pesakit pulih.

Kementerian Kesihatan Kuwait pula merekodkan 560 kes baharu dan 252 pemulihan.


Jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu sebanyak 946.
Di Qatar, 209 jangkitan baharu disahkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 146,689 di samping 246 kematian.

Wabak Covid-19 telah meragut lebih 1.98 juta nyawa di 191 negara dan wilayah sejak Disember lalu.

Lebih 92.7 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 51.1 juta pemulihan, menurut data Johns Hopkins University. – BERNAMA

Kategori