• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh PKP

oleh
15/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terlibat, kecuali bagi kerja-kerja yang disenaraikan Perkhidmatan Perlu, kata Kementerian Kerja Raya.

Menurut kenyataan kementerian itu, kerja-kerja perlu merangkumi, antaranya penyelenggaraan dan pembaikan kritikal seperti pembaikan cerun dan jalan; pembinaan infrastruktur awam utama serta pembinaan bangunan bagi projek yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

Pengecualian juga diberikan bagi operasi perkhidmatan profesional/perunding serta perkhidmatan lain dalam rantaian bekalan seperti bekalan bahan binaan dan penghantaran bahan, terhad kepada tapak bina yang diluluskan beroperasi.

Berdasarkan  soalan lazim (FAQ) berkaitan PKP yang dikeluarkan kementerian itu, kebenaran beroperasi perlu diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) MITI.

Majikan juga perlu mematuhi peraturan waktu operasi yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Pada masa sama, pekerja pembinaan tidak dibenar berpindah dari satu tapak bina ke  tapak yang lain, di samping mereka perlu membawa pas pekerja yang sah atau surat kebenaran majikan dan surat kelulusan beroperasi CIMS MITI untuk sebarang pergerakan.

Menurut FAQ itu, Pegawai Penguasa Projek bertanggungjawab memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya serta mengawal pergerakan keluar/masuk di tapak bina sepanjang tempoh PKP.

Kementerian itu turut mengulangi arahan semua pekerja asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19.

“Bagi pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik kerana kit ujian RTK Antigen telah dibekalkan oleh Perkeso kepada klinik panel,” menurut FAQ itu.

Bagi pekerja asing yang bukan pencarum Perkeso, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kerja Rayapembinaanperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd