• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Pelajar Tingkatan 5, 6 Di Kawasan PKP Ke Sekolah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya pelajar Tingkatan Lima dan Enam bagi sesi 2020 serta 2021 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan menjalani pembelajaran secara bersemuka di sekolah mulai 20 Januari ini, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, penuntut Semester 4 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) juga dibenarkan menjalani pembelajaran secara bersemuka. 

Bagaimanapun, katanya, murid dan pelajar lain termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) yang tidak terbabit peperiksaan utama perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua murid sekolah rendah, pelajar Tingkatan Satu, Empat, Lima serta IPG dibenarkan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.

“Pelajar Tingkatan Dua dan Tiga pula akan mengikuti PdPR sehingga 7 Mac dan boleh mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka mulai 8 Mac depan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, penuntut kolej matrikulasi akan mengikuti pembelajaran secara hibrid di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Mengenai pentaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK), beliau berkata, ia akan diadakan antara 20 hingga 29 Januari bagi pelajar tingkatan satu manakala 15 hingga 25 Februari bagi pelajar tingkatan dua.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran. – myMetro Online

Tags: pelajar sekolahperintah kawalan pergerakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap kejadian keganasan membabitkan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil sebelum disusuli kenyataan simpati dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd