• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Baharu PKRC 2.0 Dijangka Beroperasi Petang Ini

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijangka mula beroperasi petang ini.

Pengarah PKRC 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata persiapan akhir ketika ini giat dijalankan, sebelum lebih 600 pesakit wanita yang juga rakyat tempatan di dewan B, dipindahkan ke kemudahan baharu berkenaan.

Katanya, dewan baharu, D1 itu akan turut menempatkan pesakit kanak-kanak rakyat tempatan supaya mereka lebih selesa dan dapat bersama dengan ibu masing-masing.

“Kita sedang selesaikan sedikit persiapan, sebelum pindahkan pesakit wanita yang sebelum ini di dewan B ke D1.

“Ini bertujuan untuk memberi mereka lebih keselesaan ketika ditempatkan di PKRC, sekali gus berupaya membantu kadar penyembuhan terutama menerusi sokongan kesihatan mental.

“Pengurusan akan menjalankan kerja-kerja persiapan di dewan B bagi menempatkan pesakit lebih kritikal, iaitu kategori tiga dan empat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelmarin, dilaporkan berkata kapasiti PKRC 2.0 akan ditingkatkan supaya dapat menampung 10,000 pesakit, berbanding 8,000 orang sebelum ini.

Penambahbaikan itu dibuat menerusi pembukaan sebuah lagi dewan, iaitu D1 yang sebelum ini menjadi sebuah universiti, khususnya bagi menampung seisi keluarga disahkan positif dan berada dalam kategori satu serta dua.

Dr Shahabuddin berkata 30 katil akan ditempatkan di ruang tengah dewan B, untuk kegunaan pesakit lebih kritikal, iaitu kategori tiga dan empat.

Beliau berkata, sebanyak 150 katil lagi akan disusun di sekeliling ruang dalam dewan B, bagi menempatkan pesakit ‘step down care’ atau penyusutan tahap penjagaan.

“‘Step down care’ ini membabitkan mereka yang sebelum ini kritikal, iaitu kategori tiga, empat dan lima tetapi didapati mula sembuh dan tahap kesihatan menjadi lebih baik.

“Maka, pesakit sedemikian akan diletakkan di dewan B, malah kemudahan lengkap dari segi peralatan dan tenaga pakar turut disediakan di sana,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19MAEPSPKRC 2.0
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd