• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera

oleh
12/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan darurat sehingga Ogos ini bukan bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kerajaan awam sebaliknya akan terus berfungsi seperti sedia ada dan tidak akan terganggu.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan proklamasi darurat itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas diperdengarkan cadangan daripada Kabinet, semalam.

“Sepanjang tempoh ini, pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil tidak akan diadakan. Parlimen dan Sidang Undangan Negeri juga ditangguhkan,” katanya dalam pengumuman khas yang disiarkan menerusi stesen televisyen, hari ini.

Menurutnya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan yang akan berbincang dan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam negeri selama 14 hari bermula tengah malam ini sehingga 26 Januari, manakala enam negeri lagi dikenakan PKP Bersyarat dan dua negeri PKP Pemulihan. – myMetro Online

Tags: daruratPerintah Berkurungrampasan kuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd