• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Benar WHO Siasat Asal Usul Covid-19

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Sekumpulan pakar asing dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijadual ke China untuk menjalankan siasatan mengenai asal usul virus Covid-19.

Agensi Anadolu melaporkan 10 pakar itu dijadual akan mengunjungi Wuhan, bandar pertama virus berkenaan mula dikesan pada Disember 2019.

Sejak itu virus sudah menjangkiti lebih 90 juta orang dan meragut lebih 1.9 juta nyawa di seluruh dunia.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, pakar WHO akan tiba pada Khamis dan “bekerjasama dengan pakar China untuk menyiasat asal usul Covid-19” memetik laporan Chinese Global Times.

Rabu lalu, Beijing berkata, rundingan dengan WHO mengenai perkara itu masih berlangsung.

“Tidak pernah ada masalah dalam kerjasama antara China dan WHO. Bukan hanya masalah visa, kedua-dua pihak turut berkomunikasi rapat mengenai tarikh dan rancangan khusus untuk lawatan pasukan China,” kata jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kekecewaannya terhadap China yang dikatakan tidak membenarkan pasukan pakar ke negara itu untuk menjalankan siasatan di lokasi. – BERNAMA

Tags: ChinaCovid-19who
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd