Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu yang dijadualkan bersambung pada Isnin depan, ditunda ke Februari.

Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dari 13 hingga 26 Jan ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Perbicaraan akan bersambung pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan sekiranya PKP tidak dilanjutkan, demikian disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi hari ini.

“Perbicaraan akan bersambung dari 22 hingga 24 Februari ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp. 

Ditanya mengenai permohonan Najib untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pihak pendakwaan dalam kes itu yang dijadualkan didengar pada 27 Januari ini, Ahmad Akram berkata prosiding permohonan tersebut akan berlangsung seperti yang dijadualkan di mahkamah terbuka di hadapan Mohamed Zaini.

Tujuh saksi pendakwaan termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu setakat ini dan pihak pendakwaan dijadualkan memanggil 11 saksi lagi dalam pendengaran kes yang kali terakhir dilangsungkan ialah pada 13 Oktober tahun lepas.

Pada 12 Jun tahun lalu, Najib, 68, memfailkan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, disokong oleh dua afidavit – satu difailkan oleh Najib dan satu lagi oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamadkan’ dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan  itu daripada  tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...