• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Sarawak, Pahang Semakin Pulih, Sabah Kekal

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Sarawak dan Pahang menunjukkan tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini.

Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 309 orang pagi ini berbanding 325 semalam.

Jangan Risau… Klik sini

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa banjir berkenaan berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, Serian, satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Bumi Kenyalang.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang masih berada di empat PPS di Kuantan dan Pekan hari ini berkurangan kepada 422 orang daripada 118 keluarga berbanding 509 orang petang semalam, demikian menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seramai 337 mangsa banjir di Kuantan ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Melati, Penjara Penor dan SK Bunut Rendang manakala di Pekan, dua PPS yang beroperasi ialah SK Temai dan Dewan PKB Padang Rumbia yang menempatkan 85 mangsa.

Portal infobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Jelai di Lipis masih melebihi paras bahaya, walaupun banjir di negeri tersebut yang bermula 3 Jan lepas, sudah hampir pulih.

Sementara di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 791 orang daripada 227 keluarga di 13 PPS setakat pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa itu melibatkan 217 kampung dari lapan daerah iaitu Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar, Tenom dan Kinabatangan.

“Beberapa daerah terlibat masih mengalami hujan dan angin kencang,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, banjir di Sabah mengakibatkan 53 jalan dinaiki air dan beberapa tempat di tujuh daerah termasuk Pitas, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kudat mengalami tanah runtuh. – BERNAMA

Tags: Banjirmangsa banjirPahangSabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd