• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Kemungkinan PKP Dilanjutkan

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini hanya sekadar memberi kesempatan kepada barisan hadapan perubatan untuk ‘menarik nafas’.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, tempoh itu tidak akan memberi impak drastik pada empat angka positif harian kes Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh mengeram atau inkubasi virus adalah dianggarkan tiga hingga tujuh hari.

“Tempoh mendapat keputusan makmal pula dianggarkan dua hingga tiga hari dan pengesanan kontak rapat boleh mengambil beberapa hari lagi.

“Bermakna dalam masa 14 hari ini kita hanya mengendalikan jangkitan yang sudah sedia ada saja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut ditanya tempoh ideal untuk menurunkan kes sekurang-kurang tiga angka atau dua angka.

Katanya, ia mungkin mengambil tempoh empat hingga enam minggu. 

“Tetapi ini akan memberikan impak yang teramat negatif kepada ekonomi negara,” katanya.

Bermula semalam, PKP atau digelar PKP 2.0 dilaksanakan kerajaan selama 14 hari hingga 26 Januari 2021. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd