Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

SPR: 2 Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Harimau Malaya Dan Sumbangan...

Pembaharuan yang dapat dilihat dalam skuad Harimau Malaya ketika ini sedikit sebanyak hasil...

KJ Gagal Jadi Pejuang...

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan...

3 Kapal Peronda APMM...

KOTA KINABALU - Tiga buah kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

Pengurusan Genting Tak ‘Sorok’ Pekerja Positif COVID-19

BENTONG – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata hasil saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kesemua pekerja terlibat negatif COVID-19, namun ditempatkan di hotel itu bagi tujuan kuarantin selama 14 hari.

“Langkah itu (kuarantin) diambil oleh pihak Genting Highlands selepas merujuk jawatankuasa task-force COVID-19 Pahang bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan kakitangan mereka dan kita berterima kasih atas inisiatif tersebut. 

“Dakwaan bahawa Genting Highlands diletakkan dalam situasi ‘lockdown’ juga tidak benar dan orang ramai masih boleh berkunjung ke situ, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini, hari ini.

Abd Jalil menjelaskan hanya tiga lokaliti di Bentong iaitu Ria Apartment, Amber Court Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Disember ini.

Jelasnya, kira-kira 2,363 penduduk di tiga lokaliti itu juga memberikan kerjasama dan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang pelaksanaan PKPD selain aspek kebajikan mereka dipantau kerajaan negeri.


Dakwaan pengurusan Genting Highlands ‘menyembunyikan’ pekerja positif COVID-19 tular menerusi media sosial WhatsApp dan Twitter sejak semalam, kononnya bagi menghalang perkara itu diketahui orang ramai kerana tidak mahu menanggung kerugian.  

Mengulas mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di Kuantan kira-kira 180 kilometer dari sini, Abd Jalil berkata ia kini menempatkan 131 warga asing berisiko rendah daripada kluster Jalan Genting di Bentong.  

Selain itu, Abd Jalil berkata sebanyak 94 pasukan pemantau ditempatkan di seluruh negeri ini melibatkan 1,525 anggota pasukan keselamatan bagi memantau pematuhan SOP di kawasan tumpuan awam khususnya pasar awam dan kilang. – BERNAMA

Kategori