Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Jordan Kecam Tindakan Israel...

AMMAN - Jordan pada Ahad mengutuk tindakan Israel yang berulang kali menceroboh Masjid...

APM Pastikan Minda Rakyat...

SANDAKAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ditugaskan di dalam Zon Selamat...

Moratorium Perlombongan Bauksit Dilanjutkan

PUTRAJAYA - Moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang dilanjutkan tiga bulan lagi...

Malaysia Kutuk Ujian Bom...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian bom hidrogen bawah tanah yang dilakukan...

Mutasi Baharu COVID-19 Dikesan Di England

KUALA LUMPUR – Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengesan mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01, khususnya di selatan dan timur negara itu.

Menurut laman sesawang kerajaan United Kingdom, mutasi baharu itu dikesan menjangkiti 1,108 individu di England setakat 13 Disember lalu.

PHE memaklumkan, mutasi baharu itu boleh menyebabkan virus berkenaan lebih mudah berjangkit antara individu.

Bagaimanapun, jelasnya belum ada sebarang bukti menunjukkan mutasi baharu COVID-19 itu menyebabkan penyakit dialami lebih teruk, memberi kesan pada tindak balas antibodi atau keberkesanan vaksin.

“Jumlah kes tinggi membabitkan mutasi baharu ini dikesan di beberapa kawasan yang mencatatkan jumlah tinggi jangkitan COVID-19.

“Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada mutasi ini yang bertanggungjawab menyebabkan peningkatan jumlah kes. PHE akan memantau impaknya dalam beberapa hari dan minggu akan datang.


“Namun, adalah perkara biasa untuk virus mengalami mutasi; virus influenza bermusim bermutasi setiap tahun. Beberapa jenis virus COVID-19 turut dikesan di negara lain, seperti Sepanyol,” jelas kenyataan itu, yang turut dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Penasihat Perubatan Bersama PHE, Dr Susan Hopkins, berkata pihaknya perlu mengesan perubahan pada strain virus COVID-19 dengan pantas supaya dapat memahami kemungkinan risiko baharu terhadap orang ramai.

“Cara terbaik untuk menghentikan jangkitan ini adalah kekal pada peraturan asas, iaitu basuh tangan, menggunakan pelindung muka dan jaga jarak dengan orang lain,” katanya. – BH Online

Kategori