• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tempat Pertama Pelancongan Mesra Muslim

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam Laporan Ekonomi Negara Islam Global (SGIE) 2020/21, termasuk dinamakan sebagai negara terbaik bagi sektor Pelancongan Mesra Muslim (MFT), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengikut laporan dikeluarkan firma antarabangsa kajian strategik DinarStandard baru-baru ini, beliau berkata Malaysia juga menerima markah terbaik bagi sektor Makanan Halal, Kewangan Islam dan Kosmetik dan Farmaseutikal.

Katanya, Malaysia diletakkan masing-masing di tempat kedua dan keempat untuk Media dan Rekreasi dan ‘Modest Fashion’.

“Menyedari potensi besar dalam Pelancongan Islamik di bawah konsep MFT, Malaysia menerusi MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan agensinya Pusat Pelancongan Islam (ITC) akan terus meningkatkan pasaran menerusi infrastruktur, fasiliti, latihan, pembangunan kapasiti, dan standard dan pensijilan, selain promosi oleh badan promosi pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kategori MFT, Kerajaan Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dalam dua daripada empat dimensi tanda aras, iaitu dalam tadbir urus yang merujuk kepada peraturan berkaitan industri pelancongan dan kesedaran dari segi liputan media dan latihan pemegang taruh.

Nancy berkata, MOTAC dan ITC memfokuskan dalam melatih pemegang taruh ketika waktu suram akibat pandemik, yang diberikan perhatian dalam laporan SGIE.

“ITC menawarkan satu siri sesi latihan dalam talian berkaitan pelancongan mesra Muslim secara percuma ketika krisis, merangkumi topik seperti pensijilan halal, keperluan pelancong Muslim, Penjenamaan Islamik dan pemasaran,” katanya.

Dalam dua lagi sektor Malaysia berada di tempat kedua dalam Bantuan Kewangan untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri dan ketiga dalam Dimensi Sosial yang berkaitan impak sektor itu terhadap pekerjaan.

Pada sektor Pelancongan Mesra Muslim, 200.3 juta pelancong Muslim menyumbangkan AS$194 billion (RM790 bilion) dalam perbelanjaan perjalanan pada 2019, membuktikan potensi besarnya. 

Bagaimanapun pandemik COVID-19 melumpuhkan pembangunan sektor ini yang dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik pada 2023.

SGIE menawarkan kedudukan menyeluruh negara yang ketika ini berada pada kedudukan terbaik untuk menangani peluang dalam ekonomi halal global yang bernilai trilion dollar. 

Sejumlah 81 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bukan anggota OIC yang mempunyai industri halal yang menonjol, diliputi oleh laporan SGIE. – BERNAMA

Tags: Malaysiapelancongan mesra muslim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd