• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi PM

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokong keputusan majoriti termasuk jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Kita ikut apa yang majoriti (Ahli Parlimen) mahu,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu ketika sidang media bersama dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Albukhary, hari ini.

Tengku Razaleigh yang berada di sebelah Dr Mahathir pada sidang media itu pantas mencelah dengan bertanya “Benarkah begitu (Anwar ada sokongan)?”

Dr Mahathir mengulas mengenai dakwaan Anwar memiliki sokongan Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri termasuk dari 10 Ahli Parlimen UMNO.

Beberapa media semalam melaporkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson didakwa mempunyai majoriti untuk mengambil alih kerajaan sedia ada, termasuk dakwaan menerima sokongan 10 Ahli Parlimen UMNO.

Namun, sejak semalam dan hari ini, beberapa Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan menyokong Anwar menafikan dakwaan itu.

Ahli Parlimen terbabit antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan); Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Datuk Mohamad Alamin (Kimanis).

Sementara itu, Dr Mahathir menganggap sokongan yang dinyatakan menerusi SD itu tidak boleh dipercayai dan selalu berubah-ubah.

“Soal SD ini banyak yang ditandatangani. Semua orang ‘sign’. Dulu sokong saya 100 peratus tapi tidak menang juga (jadi Perdana Menteri). Ini apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen kita,” katanya. 

Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk tidak mahu bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

“Saya tidak boleh bekerjasama. Saya minta maaf. Saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), saya kata satu kerajaan yang bergantung kepada Najib bukanlah satu kerajaan yang boleh saya terima,” katanya. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadNajib Tun RazakTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

03/11/2025
0

PMX BATAL LAWATAN KERJA KE PAHANG AKIBAT SAKIT BELAKANG Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 3 November – Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan kecuaian dalam kalangan 249 sekolah antarabangsa yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu dalam sistem pembelajarannya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd