• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Imigresen Didenda RM30,000 Rasuah Cop Keluar Masuk

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Seorang kakitangan Jabatan Imigresen didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan pilihan menerima suapan bagi mendapatkan cop keluar masuk negara membabitkan warga asing dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, di Mahkamah Sesyen Melaka, di sini hari ini.

Hakim menjatuhkan hukuman denda terhadap tertuduh, Muhammad Shafiq Suboh, 29, RM10,000 bagi setiap tuduhan atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pilihan pertama, pada 30 Julai tertuduh ketika menjawat jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 yang bertugas di Jabatan Imigresen Bangunan Sultan Iskandar Shah, Johor Bahru, didapati memperoleh suatu barang berharga tanpa balasan iaitu wang berjumlah RM360 oleh pemberi, Mohd Azril Azizan.

Pemberian itu adalah untuk mendapatkan perakuan cop keluar masuk pada pasport warga asing tanpa perlu keluar dari Malaysia. 

Sementara, mengikut pertuduhan pilihan kedua dan ketiga, tertuduh turut didapati melakukan kesalahan sama yang membabitkan suapan masing-masing bernilai RM320 dan RM800.

Semua kesalahan itu dilakukan menerusi akaun CIMB Bank Berhad di Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam membabitkan tiga transaksi berasingan pada Julai, Ogos dan September 2018.

Justeru, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda sehingga RM100,000 atau keduanya.

Tertuduh merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan mengambil kira kesalahan itu adalah kali pertama dilakukannya, selain baru mendirikan rumah tangga Mac lalu dan bakal menerima cahaya mata pertama.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat bagaimana pun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh menggadaikan keselamatan negara, selain kes ini turut mendapat perhatian masyarakat. – BH Online

Tags: Imigresenpemalsuan cop sempadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Terima Lebih 2,000 Aduan KWSP, Moratorium

Next Post

Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib, 17 Yang Lain

Related Posts

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU - Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh...

Next Post

Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib, 17 Yang Lain

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd