• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Perak: UMNO, BN, MN Adakan Mesyuarat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan malam ini diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok.

“Malam lusa (Rabu) Jawatankuasa Perundingan MN (bermesyuarat). Berunding itu lebih baik, Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) juga patut bertemu.

“Selesaikanlah dengan cara baik sebagai rakan seperjuangan. Teguh kita, menang bersama… InsyaAllah,” katanya menerusi posting akaun Twitter miliknya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan kehadiran beliau ke mesyuarat MKT UMNO malam ini.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan negeri Perak.

Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jumaat lepas, ketika persidangan DUN Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal memperoleh undian majoriti dalam usul undi kepercayaan terhadapnya dan meletak jawatan menteri besar secara rasmi pada hari berikutnya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pucuk pimpinan PAS akan membincangkan isu pembentukan kerajaan baharu negeri Perak bagi menentukan sama ada parti itu akan terlibat atau sebaliknya. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasionalkerajaan perakmuafakat nasionalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd