• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Negara Berada Pada Had Dibenarkan – Tengku Zafrul

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nisbah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir November lepas mencatatkan RM818.2 bilion atau 56.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, paras hutang itu masih di bawah had 60 peratus KDNK yang ditetapkan.

“Status kedudukan hutang kerajaan adalah berdasarkan statutori di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019(COVID-19) Akta 830 meliputi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).

“Ini menunjukkan hutang negara berada pada had yang dibenarkan,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin tahu sama ada hutang kerajaan berada pada had yang dibenarkan.

Ketika menjawab soalan asal Mohd Yusmadi mengenai status hutang kerajaan berhubung projek mega yang dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa obligasi pembayaran hutang tetap diteruskan seperti terkandung dalam perjanjian berkaitan.

Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa projek yang ditangguhkan seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3),Tren Aliran Transit Massa 2 (MRT 2) serta Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan semula dengan skop dan kos yang ditambah baik.

“Pada masa sama, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP), Tren Aliran Transit Massa 3 (MRT 3) dan Multi Product Pipeline (MPP) masih dalam proses rundingan untuk diteruskan semula,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: hutang negaraKDNK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Pantau Gerakan Antivaksin

Next Post

RUU Perbekalan 2021 Dibentang Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

Related Posts

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

Next Post

RUU Perbekalan 2021 Dibentang Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd