• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pantau Gerakan Antivaksin

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan proganda negatif berkenaan vaksin COVID-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat. 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim berkata kementerian dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan undang-undang tertentu bagi membendung perkara itu.

“Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan menerusinya sebuah Jawatankuasa Kecil Komunikasi dibentuk bagi merangka pelan komunikasi strategik untuk menyampaikan fakta dan maklumat tepat tentang vaksin COVID-19 kepada rakyat.

“Jawatankuasa ini juga mengenal pasti beberapa kategori tahap kepercayaan rakyat terhadap vaksin COVID-19,  termasuk kumpulan minoriti antivaksin dan kumpulan ini sukar untuk diubah pendirian mereka,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Senator Muhammad Zahid Md Arip tentang tindakan kerajaan untuk menangani propaganda antivaksin dan langkah mendidik masyarakat berkenaan kepentingan mengambil vaksin COVID-19.

Kategori kedua pula, katanya, adalah kumpulan masyarakat yang yakin tentang pentingnya vaksin dan tidak mudah terjejas dengan propaganda antivaksin, yang merupakan kumpulan terbesar dalam negara ini.

Sementara kategori ketiga adalah kumpulan yang berada di tengah-tengah iaitu kumpulan ‘vaccine hesitancy group’ yang mempunyai keraguan terhadap vaksin terutamanya vaksin COVID-19, tetapi tidak menolak vaksin secara langsung. 

Ahmad Amzad berkata kumpulan berkenaan lebih mudah terpengaruh apabila terdedah kepada mesej-mesej dan propaganda daripada golongan antivaksin.

“Justeru, strategi komunikasi proaktif, melalui penggunaan pelbagai platform dan medium komunikasi sedang giat dilaksanakan kerajaan bagi memberi penerangan jelas kepada rakyat berkaitan kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 yang dijangka diperoleh negara pada suku pertama tahun hadapan. 

“Bagi memastikan penyampaian maklumat ini dibuat secara menyeluruh, pelan komunikasi yang dirangka ini turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata ia termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memberi penerangan berkaitan vaksin dari sudut pandangan hukum hakam syarak termasuk isu halal yang menjadi perhatian utama orang Islam di negara ini. – BERNAMA

Tags: antivaksinvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd