Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Dua Wanita Calon Utama...

BANGKOK – Dua pemimpin wanita muncul calon utama Perdana Menteri Thailand dengan tinjauan...

Masjid Terapung Yan Ikon...

YAN - Kedah bakal mempunyai satu lagi ikon pelancongan dengan wujudnya sebuah Masjid...

Ubat Titis Mata Ajaib...

LOS ANGELES – Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah ‘rabun ayam’ kerana...

NFL Dikritik Kenakan Penalti...

Kansas – Liga Bola Rempuh Kebangsaan (NFL) terpaksa memohon maaf kepada salah seorang...

Hadi Awang Menghadap Sultan Nazrin

IPOH – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini.

Kereta yang membawa Ahli Parlimen Marang itu tiba pada pukul 10.50 pagi.

Abdul Hadi diterima menghadap Sultan Nazrin selepas beliau mengutus warkah pada 10 Disember lepas memohon perkenan untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum suasana politik yang melibatkan PAS.

Pada Jumaat (11 Disember), Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan pada 8 Disember lepas.

Selain Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat PAS Perak terlibat ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).


Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Bagaimanapun, ketika istiadat angkat sumpah jawatan Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 10 Disember lepas, tiada ADUN daripada PAS dalam senarai awal yang dilantik sebagai Exco, sebaliknya hanya melibatkan empat ADUN UMNO dan seorang daripada Bersatu. – BERNAMA

Kategori