• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti yang ditahan atas dakwaan merogol, dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai seorang da’i untuk mengajak mangsa keluar bertemunya sebelum melakukan perbuatan terkutuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata hasil siasatan mendapati mangsa akan berkenalan dengan suspek menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram sebelum dipelawa untuk berkenalan dan keluar makan.

“Kebanyakan mangsa adalah penuntut dan ada yang sudah bekerja dan mereka adalah pengikut laman Instagram suspek.

“Suspek akan memperdayakan mangsa-mangsa dengan mengajak mereka berjumpa atas pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan dengan menggunakan kapasitinya sebagai seorang da’i.

“Susulan pertemuan itu, suspek akan memberi alasan untuk mengajak mangsa pulang bersamanya ke rumah sebelum melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa mangsa,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Huzir, polis sudah menerima tujuh laporan polis terhadap suspek setakat ini dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul. 

“Polis turut membuka tiga lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul) dan satu lagi laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) kerana tiada unsur gangguan seksual,” katanya sambil menambah semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun.

Beliau turut yakin ramai lagi mangsa akan tampil membuat laporan terhadap suspek dan meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual suspek untuk tampil berbuat demikian. – BH Online

Tags: Da'ipendakwah selebritirogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd