• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Moktar Tawar Diri Pertama Disuntik Vaksin COVID-19

oleh
09/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri menjadi bahan uji vaksin COVID-19 di negara ini, bagi menyahut saranan supaya ahli politik menjadi golongan pertama disuntik vaksin itu. 

“Untuk menyahut cabaran Sarikei tadi, saya menawarkan (menjadi) orang pertama disuntik vaksin (COVID-19) itu, kalau ada. Saya tidak takut, saya mahu sihat, panglima perang kena dulu,” katanya ketika membahaskan peruntukan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu adalah di antara 15 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu.

Sebelum itu, Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) ketika berbahas, mendakwa beliau dan ahli keluarganya dijadikan bahan uji ketika mereka disahkan positif COVID-19.

Beliau memberi contoh, keputusan ujian anaknya yang juga atlet negara, Jacky Wong sering tidak konsisten. 

“..kerana virus itu telah mati di dalam badan dia, tempoh kuarantin sepatutnya tamat lebih awal tetapi dia telah ditahan agak lama iaitu selama 73 hari sebelum dibenarkan pulang. Saya berasakan ahli keluarga saya termasuk saya sendiri telah dijadikan bahan kajian semasa kami disahkan positif. Jika kita sudah mempunyai vaksin itu siapakah yang akan menjadi bahan kajian seterusnya?

“Rakyat di luar sana mengesyorkan bahawa vaksin itu perlu diuji terlebih dahulu kepada ahli politik untuk memastikan keberkesanan vaksin tersebut sebelum diberikan kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga membangkitkan isu kelemahan penyelarasan KKM dalam mengurus kes COVID-19 di Sabah apabila tidak menimbang cadangan hospital swasta yang menawarkan fasiliti mereka untuk merawat pesakit COVID-19.

“Hospital di Sabah sejak COVID-19 dilihat tidak stabil, kebanyakan yang diserang COVID-19 dihantar di mana-mana. Di Tawau misalnya, ada hospital swasta menawarkan fasiliti mereka untuk disewa, tetapi KKM tak ambil kesempatan untuk memudahkan urusan.

“Sebaliknya mereka (pesakit COVID-19) dihantar ke hospital daerah lain dan meningkatkan risiko pula di daerah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: ahli politikBung Moktar Radinvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

20/06/2026
0

MUAR - "Kita ramai 'Hollywood'. Paling 'Hollywood' sekali yang dekat Muar" Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd